FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL
JABATAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
INSTITUT PERGURUAN ILMU KHAS, KUALA LUMPUR.
Matapelajaran : Pendidikan Seni Visual
Kelas/ Tahap : 3 Gigih / Tahap 1
Tarikh : 25 Mac 2011 (Jumaat)
Masa : 10.20 – 11.20 pagi (1 jam)
Bil. Murid : 39 orang
Bidang Kegiatan: Membentuk dan Membuat Binaan
Tajuk : Origami (Burung)
Hasil Pembelajaran : ( Rujuk HSP Tahun 3 PSV)
Aras 2
1. Membentuk dan membuat binaan dengan menggunakan bahan dan teknik berbeza dalam penghasilan
Aras 3
1. Menghasilkan binaan dan menghias dengan menggunakan pelbagai alat, bahan dan teknik secara kreatif.
Objektif : Pada akhir pengajaran murid dapat:
- Memahami konsep origami.
- Menggunting dan melipat kertas dengan betul untuk menghasilkan origami burung.
- Menghasilkan origami bentuk burung secara kreatif.
- Melukis dan mewarna origami tersebut dengan kemas dan teliti.
- Menghias origami burung mengikut kreativiti masing-masing.
Pengetahuan sedia ada murid:
1. Murid pernah melihat origami di sekolah, kedai-kedai, buku atau di televisyen.
2. Murid pernah melukis, menggunting dan mewarna
Nilai Murni : Bekerjasama, ketekunan, ketelitian dan kekemasan
Alat : Pembaris, gunting,
Bahan : pensel warna, pensel, pen magik, kertas warna
Kemahiran Berfikir : Kemahiran belajar, pemudahcara
Strategi Pembelajaran : Direktif, Pemerhatian, Kontekstual, Kecerdasan Pelbagai
Bahan Bantu Mengajar (BBM) : Contoh origami hasil kerja guru, Video langkah-
langkah membuat origami
langkah membuat origami
Peringkat Penyampaian
Langkah Pengajaran/Masa
|
Perkembangan Isi pelajaran
|
Aktiviti P&P
|
Strategi/Gambarajah
/Nilai/ Catatan
| ||||||||||
Set Induksi
(5 minit)
|
· Guru menayang video dan memperdengarkan lagu ‘Burung Kakak Tua’ kepada murid-murid
· Guru mengarahkan murid menyanyi bersama-sama
|
Murid mendengar dan menyanyikan lagu ’Burung Kakak Tua ’ beramai- ramai.
|
Kecerdasan Pelbagai- Muzik dan linguistik
Lagu ’Burung Kakak Tua’
Nilai - Kerjasama
| ||||||||||
Langkah 1
(10 minit)
|
Memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini iaitu membuat origami burung.
Menyoal murid-murid tentang origami.
Soalan :
1. Apa itu Origami?
2. Pernahkah mereka melihat kertas yang berlipat-lipat dan akhirnya menjadi bentuk tertentu?
Guru menerangkan definisi origami kepada murid-murid.
Definisi :
”Origami merupakan satu teknik lipatan sama ada dengan menggunakan kain ataupun kertas yang dapat menghasilkan sesuatu bentuk atau objek.”
|
Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat.
Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jawapan yang mereka tahu.
Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru mengenai definisi origami
Sekali – sekala murid bersoal jawab.
|
Strategi:
Kontektual
Kecerdasan Pelbagai – Verbal Linguistik
ABM maujud (origami yang telah siap dihasilkan)
| ||||||||||
Langkah 2
( 5 minit)
|
Guru menunjukkan contoh-contoh origami.
Guru menerangkan jenis alat dan bahan yang hendak digunakan.
1) Kertas Warna
2) Pensil Warna
3) Pen magik
4) Gunting
|
Murid – murid melihat dengan penuh minat.
Murid memberi perhatian terhadap penerangan guru.
Murid mengambil alat dan bahan dari guru.
|
Strategi:
Koperatif
Konstruktivisme
| ||||||||||
Langkah 3
(10 minit)
|
Guru menunjukkan video demonstrasi cara menghasilkan origami bentuk burung.
Menunjukkan cara melipat kertas dengan betul kepada murid-murid.
Langkah-langkah:
1) Lipatkan hujung kertas menjadi 2 bahagian hingga membentuk garis tengah.
2) Lipat sisi kiri dan kanan ke arah garis tengah.(rajah 1)
3) Terbalikkan kertas. Lipat bucu atas ke bawah. (rajah 2)
4) Terbalikkan kertas sekali lagi dan lipat sudut kiri dan kanan atas kearah tengah.(rajah 3)
5) Buka kedua sisi lipatan kemudian lipat ke arah dalam membentuk kantung segitiga mengikuti garisan bekas lipatan.
(rajah 4)
6) Lipat sisi kanan dan kiri ke arah bawah.(rajah 5)
7) Lipat ke garisan sisi dalam kedua-dua sisi lipatan. Lipat hujung bucu kearah dalam membentuk lekuk untuk dijadikan kepala.
8) Bahagian ekor boleh dibuat dengan mengguntingkan sebahagian kertas.(rajah 6). Lipat bahagian ekornya keluar.
9) Bahagian kepala juga boleh diguntingkan sedikit untuk menghasilkan bulu leher.(rajah 7)
10) Lipat kedua sudut bahagian bawah ke arah dalam untuk membentuk kaki.
11) Hias origami mengikut kreativiti masing-masing
|
Murid melihat aktiviti melipat kertas seperti yang ditunjukkan oleh guru.
|
Kecerdasan Pelbagai – Intrapersonal - Ruang
Nilai: tekun, berhati-hati
| ||||||||||
Langkah 4
(15 minit)
|
Guru mengarahkan murid melakukan aktiviti gerak kerja seperti yang telah ditunjukkan.
Guru membimbing dan memantau murid-murid di dalam kelas semasa aktiviti gerak kerja dijalankan.
|
Murid melakukan gerak kerja yang diberikan.
Murid mula membuat lipatan untuk menghasilkan origami bentuk burung.
|
Pembelajaran Akses Kendiri –
Bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan
| ||||||||||
Langkah 5
(10 minit)
|
Guru menunjukkan cara-cara menghias origami burung.
Guru mengarahkan murid memperkemaskan hasil lipatan origami burung dan membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing.
|
Murid mula mewarnakan bahagian-bahagian tertentu pada burung.
Murid menghias origami mengikut kreativiti mereka yang tersendiri.
|
Kecerdasan Pelbagai – Intrapersonal - Visual
| ||||||||||
Penutup
(5 minit)
Penilaian Hasil Pembelajaran :
Apresiasi dan refleksi :
|
Guru mengambil beberapa hasil karya murid untuk dipamerkan.
Guru meminta beberapa orang murid untuk membuat sesi apresiasi dengan memberikan komen terhadap hasil karya rakan-rakan yang lain.
Guru bertanyakan beberapa soalan kepada murid-murid.
1.Adakah kamu sudah faham apa itu origami?
2.Bagaimanakah perasaan kamu sepanjang menghasilkan origami bentuk burung?
Memberi pujian kerana murid dapat memahami tajuk hari ini.
Membuat sesi refleksi dan membuat penilaian objektif pengajaran pada hari ini.
|
Murid memberikan kerjasama kepada guru dengan memberikan hasil kerja mereka untuk dijadikan contoh dalam sesi apresiasi.
Murid memberikan komen terhadap origami yang dihasilkan oleh rakan-rakan mereka.
Murid menjawab soalan guru dengan pelbagai jenis jawapan.
Murid dapat menghargai tentang ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi.
|
Kecerdasan Pelbagai
kemahiran interpersonal dan intrapersonal– Linguistik
|
Refleksi Guru Pelatih :
Kekuatan/Kelemahan/Cadangan/Penambahbaikan:
Catatan Pensyarah/ Guru Pembimbing :
No comments:
Post a Comment